May
20
Posted on 20-05-2010
Filed Under (♫Renungan) by kozumi_ro

click to zoom


Hadith:

1. “JANGANLAH KAMU MENCABUT UBAN KERANA IANYA ADALAH CAHAYA ISLAM.
BARANGSIAPA SEHELAI RAMBUTNYA MENJADI UBAN DI DALAM ISLAM, DITULIS
UNTUKNYA SATU KEBAIKAN DAN DIAMPUNKAN SATU KEJAHATAN DAN DINAIKKAN
SATU DARJAT”
diriwayatkan oleh Abu Daud.

2. “SESUNGGUHNYA YANG TERBAIK UNTUK MENUKARKAN WARNA KEPUTIHAN RAMBUT
ADALAH DENGAN INAI”
diriwayatkan oleh At-Tirmidzi. Read the rest of this entry »

(5) Comments    Read More   
Apr
07
Posted on 07-04-2010
Filed Under (♫Renungan) by kozumi_ro

?Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian?
—————————————–
?Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhir

?Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhir

?Bermimpi memasuki masjid haram atau melakukan tawaf di baitulallah alamatnya anda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh

?Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia

?Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur’an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan

?Jika bermimpi membaca qur’an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda

?Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar

?Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa

?Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat

?Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain

?Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat

?Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira

?Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala

?Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar

?Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran

?Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan

?Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat

?Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang

?Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian

?Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan

?Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan

?Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat

?Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan

?Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh

?Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar

?Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar

?Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya

?Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati

?Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup

?Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai

?Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita

?Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita

?Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa

?Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.

?Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.

?Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.

?Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.

?Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.

?Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.

?Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.

?Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.

?Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat

?Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati

?Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna

?Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu

?Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang

?Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik

?Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialahWali Allah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat

?Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga

?Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat

?Jika di dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim,seseorang itu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan

?Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah s.a.w

?Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan

?Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal

?Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna

?Jika bermimpi mencukur bulu ketiak menandakan anda akan terlepas dari harta yang ditanggung

?Jika bermimpi berjumpa dengan orang alim alamatnya anda akan menjadi penghulu besar

?Jika bermimpi memotong rambut menandakan anda akan bercerai dengan isteri

?Bermimpi membuang darah menandakan anda akan sembuh dari penyakit

?Jika bermimpi paras anda mempunyai perempuan alamatnya anda akan memperoleh harta atau anak

?Jika bermimpi diri anda mati menandakan anda akan panjang umur tetapi jika bermimpi mati hidup semula alamatnya kehendak anda akan diperoleh

?Sekiranya diri anda bermimpi dibawa ke kubur alamatnya anda akan beroleh kekayaan

?Jika bermimpi kanak-kanak datang kepada anda menandakan anda akan memperoleh harta yang banyak

(1) Comment    Read More   
Mar
18
Posted on 18-03-2010
Filed Under (♫Renungan) by kozumi_ro

S aat bin Jabal r.a. bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang kebangkitan manusia dari kubur di hari Kiamat.  Mendengarkan pertanyaan tersebut, baginda menangis kesedihan, mengenangkan umatnya. Lalu baginda pun menerangkan, bahawa di Padang Mahsyar kelak umat Islam terbahagi kepada dua belas golongan:-

Golongan Pertama:

Manusia dibangkitkan dari kubur berupa orang tidak berkaki dan tiada bertangan.  Sebabnya ialah kerana kesemua mereka ini ke dalam Neraka jahanam.

Golongan Kedua:

Manusia dibangkitkan dari kubur menuju Padang Mahsyar berupa seekor babi.  Sebabnya mereka mempermudahkan sembahyang (tiada mengambil berat tentang masaalah sembahyang dan tidak menunaikan janji-janji yang dilafaskan di dalam sembahyang)

Firman Allah:

“Maka celakalah bagi orang yang tidak sembahyang iaitu orang yang lari dari sembahyang” Maka Nerakalah tempatnya.”

(Dalam surah A 1-Maun ayat 4 dan 5)

Golongan Ketiga:

Manusia dibangkitkan dari kubur menuju Padang Mahsyar dengan perut yang buncit macam bukit di dalamnya penuh dengan ular-ular dan kala.  Besarnya ular dan kala itu ialah sebesar Kaldai.  Ini adalah di sebabkan semasa hayatnya di dunia mereka tidak mengeluarkan zakat.  Neraka jahanamlah tempatnya.

Golongan Keempat:

Manusia dibangkitkan dari kubur menuju Padang Mahsyar, di mana mulut mengeluarkan darah.  Sebabnya ialah kerana menipu di dalam hal jual beli.  Neraka Jahanamlah tempatnya.

Golongan Kelima:

Manusia dibangkitkan dari kubur menuju Padang Mahsyar dengan badanya bengkak-bengkak serta berbau busuk ledih daripada bangkai. Sebabnya mereka ini menyembunyikan kejahatan kerana takut pada manusia yang lebih berkuasa. Sedangkan Allah lebih berkuasa. Nerakalah tempatnya.

Golongan keenam:

Manusia dibangkitkan dari kubur menuju Padang Mahsyar berkeadaan halkum mereka terpotong. Sebabnya ialah semasa hayatnya di dunia mereka suka berdusta dan bersumpah palsu. Nerakalah tempatnya.

Golongan Ketujuh:

Manusia dibangkitkan dari kubur menuju Padang Mahsyar dengan ketiadaan lidah dan mulut mereka mengeluarkan muntah-muntah. Sebabnya ialah kerana mencegah orang dari menjadi saksi yang hak. Nerakalah tempat mereka.

Golongan Kelapan:

Manusia dibangkitkan dari kubur menuju Padang Mahsyar berkeadaan tunduk, kaki ke atas manakala kepala ke bawah. Kemaluannya ditusuknya besi panas sehoinggan keluar nanah. Ini adalah kerana mereka telah melakukan perbuatan zina. Nerakalah baginya.

Golongan Kesembilan:

Manusia dibangkitkan dari kubur menuju Padang Mahsyar dengan keadaan mukanya hitam, matanya biru dan perutnya penuh dengan api. Ini adalah disebabkan semasa di dunia mereka memakan harta anak yatim. Nerakalah seelok-eloknya baginya.

Golongan Kesepuluh:

Manusia dibangkitkan dari kubur menuju Padang Mahsyar dengan badannya penuh dengan sopak dan kurap. Sebabnya ialah kerana menderhaka kepada kedua ibubapanya. Nerakalah tempatnya.

Golongan Kesebelas

Manusia dibangkitkan dari kubur menuju ke Padang Mashyar berkeadaan hatinya buta dan matanya serta giginya seperti tanduk lembu jantan dan bibirnya melebihi paras dada dan lidahnya terjulur hingga ke perut. Dari mulut keluar benda-benda kotor. mereka ini semasa hayatnya meminum arak. Nerakalah juga bagi golongan ini.

Golongan Keduabelas

Manusia yang dibangkitkan dari kubur menuju Padang Mashyar berkeadaan muka mereka berseri-seri bagaikan bulan purnama, lalu melintas Titi Siratalmustaqim pantas seperti kilat.

Ini adalah kerana semasa hayatnya mereka mentaat segala perintah Allah dan mengerjakan sembayang (lahir dan batin) serta matinya dalam keadaan bertaubat. Maka syurga lalu tempatnya serta mendapat keampunan Allah s.w.t

(petikan dari buku: Peringatan Untuk Manusia Akhir Zaman Menjelang Qiamat, Mohd Isa Abdul Jalil, Sykt. Nurulhas,1993)

(30) Comments    Read More   
Mar
15
Posted on 15-03-2010
Filed Under (♫Renungan) by kozumi_ro

kucingmuah.jpg

Kelebihan Bercium???

Ahli perubatan mendapati bahwa berciuman baik untuk kesihatan… .

Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga
efektif
melawan banyak penyakit. Apa saja keuntungan berciuman bagi kesihatan?

=> Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita.
Ketika berciuman, detak jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung
per
minit.

=>Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan
nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan
nafas per minit. ini baik untuk mencegah sakit paru-paru.

=>Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan
pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh
menghancurkan asam yang menutupi gigi.

=>Berciuman yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan
stress. Berciuman dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress.

KELEBIHAN BERCUIM….

1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan
hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak
melakukan rutin ini.

2. Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang
merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.

3. Berciuman membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan menggandakan
tingkat
metabolis. Ada yang mengatakan, bahwa dengan berciuman bergairah tiga
kali
per hari (setidaknya 20 detik per ciuman) boleh membantu menghilangkan
berat badan.

4. Berciuman dikenal sebagai penghilang stress. Berciuman penuh ghairah
boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi energi negatif, dan
memproduksi
rasa sihat, menurunkan hormon stress.

5. Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi
kendur.
Otot pipi yang menegang karena ciuman yang bergairah mampu membantu
kulit
lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.

6. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan
kolesterol.

7. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut.

8. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air
liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang membantu
mengurangi
sakit.

HeHeHe… Ciumla orang yang sepatutnya menerima ciuman….huhuhu

Post by:  ezaty

Link:  Sepaku Sihat : Cerdas dan Cergas

(6) Comments    Read More   
Mar
02
Posted on 02-03-2010
Filed Under (♫Renungan) by kozumi_ro

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur
lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan
tangan di apron, menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu :

Tolong pergi kedai RM1.00
Tolong jaga adik RM2.00
Tolong buang sampah RM1.00
Tolong kemas bilik RM2.00
Tolong siram bunga RM2.00
Tolong sapu sampah RM2.00

JUMLAH RM15.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berligar-ligar di mindanya.
Si ibu mencapai sebatang pen, dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – Percuma
Kos berjaga malam kerana menjagamu – Percuma
Kos air mata yang menitis keranamu – Percuma
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – Percuma
Kos menyediakan makan minum, pakaian dan keperluanmu – Percuma

JUMLAH KESELURUHAN NILAI KASIHKU - Percuma

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu.
Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, “Saya sayangkan ibu”.
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis ‘TELAH DIBAYAR’ pada mukasurat yang ditulisnya.

Diriwayatkan seseorang telah bertemu Rasulallah SAW dan bertanya,

‘Wahai Rasulallah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dari ku?”

Rasulallah menjawab,

“Ibu mu (dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu.”

Al-Fatihah buat ibu2 yang telah kembali kepadaNya.

(0) Comments    Read More