May
12
Posted on 12-05-2010
Filed Under (♫Tips) by kozumi_ro

click to zoom

Hari ni koz nak berkongsi dengan korang berkenaan tajuk di atas.Tak di nafikan masing2 mesti ada bantal busukkan??hihi…ok di sini koz akan listkan beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-

1) Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap
lukisan, muzik dan sastera. Perasaan Read the rest of this entry »

(8) Comments    Read More   
May
06
Posted on 06-05-2010
Filed Under (♫Tips) by kozumi_ro

Ruangan ini khas untuk korang berkongsi-kongsi link blog/wordpress korang

cara-caranya korang hanya perlu memberi commen mengikut format yang di berikan:-

Nama:

Link Blog: Read the rest of this entry »

(2) Comments    Read More   
Mar
26
Posted on 26-03-2010
Filed Under (♫Tips) by kozumi_ro

tomatoi.jpg

TOMATO atau nama saintifiknya Iycopersicon esculetum sememangnya digemari ramai. Sama ada diratah begitu sahaja atau digandingkan dalam pelbagai jenis masakan, tomato menjanjikan keenakan tersendiri. Hidangan Mediterranean dan Asia Barat menjadikan tomato sebagai bahan asas yang paling kerap digunakan.

Berasal dari keluarga Solanaceae, tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan.

Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam.

Malah kajian di Amerika Syarikat mendapati pigmen merah pada kulit tomato mengandungi lycopene yang dikatakan mampu mengurangkan risiko barah prostat di kalangan kaum lelaki.

Lycopene menawarkan khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikan kulit. Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit. Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit.

Minggu ini apa kata cuba petua dan cara-cara penjagaan kulit menggunakan tomato.

Mengecilkan liang roma

Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan dua hingga empat titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka.

Merawat jerawat

Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.

Membersihkan kulit muka

Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antisep tik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.

Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E – kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.

Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat.

Menyejukkan kulit yang rosak

Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.

Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit.

Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit.

Sumber : Utusan Malaysia 20 Mac 2010

Post By: miraedora

Link: Alternatif Cantikkan Wajah

(0) Comments    Read More   
Mar
18
Posted on 18-03-2010
Filed Under (♫Tips) by kozumi_ro

Tips ini khas untuk si teruna dan dara. Especially.. bagi yang sudah mempunyai “kekasih” dan merancang untuk bertunang atau pun mendirikan rumah tangga dalam masa yang terdekat ini, iaitu, tips bertemu dengan bakal ibu & bapa mertua.

Pertemuan dengan bakal mertua ini sememangnya penting dan amat mendebarkan, lebih-lebih lagi jika ia adalah merupakan pertemuan kali yang pertama. Seperti yang orang jawa selalu kata.. “first impression is important”, eh orang jawa kata ke?.. Tak kisahlah.. yang penting inilah masa yang agak genting untuk menentukan sama ada anda akan di sayangi ataupun kurang disenangi oleh bakal mertua anda. Jika kali pertama berjumpa pun bakal mertua anda sudah kurang senang dengan diri anda, pastinya, perjalanan anda untuk hidup bersama dengan anak mereka akan menjadi sedikit sukar. Jadi, pastikan anda melakukan yang terbaik sewaktu perjumpaan kali pertama dengan bakal mertua anda.

Tips #1 : Masa

Antara waktu yang paling sesuai untuk pertama kali bertemu dengan bakal mertua, adalah pada hari-hari keraian dan “bersempena” seperti pada hari raya, hari kenduri, ataupun sempena apa-apa majlis dimana, tuan rumah (bakal mertua anda) mengalu-alukan kedatangan anda.

Berbanding, jika anda datang ke rumah bakal mertua anda, pada hari-hari biasa… lebih-lebih lagi, jika kedatangan anda itu tidak dimaklumkan terlebih dahulu oleh bakal mertua anda pastinya keadaan akan menjadi sedikit janggal.

Jadi, elakkan datang berjumpa dengan bakal mertua anda secara tiba-tiba atau pun atas desakan kekasih anda semata-mata. Itu bukanlah suatu cara yang elok, walaupun niat hati kekasih anda adalah murni, iaitu hendak memperkenalkan anda dengan ibu-bapanya.. tapi pastikan ia dilakukan dengan penuh tertib dan bukannya secara mengejut atau pun “surpriseee”.

Silap hari bulan… anda yang akan “surprise”.

Tips #2 : Pakaian

Bagi lelaki, jangan sesekali datang dengan baju t-shirt yang mempunyai gambar “tengkorak berdarah”… kemudian.. datang pula dengan segerombolan rakan-rakan “mat motor” anda.. fuh.. silap-silap kena reject pula anda nanti. Seelok-eloknya. kenakan baju kemeja lengan pendek beserta dengan seluar slack.

Bagi perempuan pula.. sudah semstinya baju kurung sudah kelihatan agak sopan. Saya kira tiada masalah bagi perempuan dari segi pemakaian.

Saya tahu.. mungkin anda kurang selesa dengan baju berkolar atau pun baju kurung. Tapi.. seperti yang saya nyatakan tadi, first impression itu penting. Berikan keyakinan kepada bakal ibu & mertua anda bahawa anda adalah seorang yang matang dan bertanggungjawap. Biar tenang dan sejuk sedikit hati bakal mertua anda melihat anda. Barulah lega sedikit hati mereka nak melepaskan anak mereka kepada anda.

Tips #3 : Topik perbincangan

Satu masalah yang seringkali dialami apabila kali pertama bertemu dengan bakal mertua.. ialah masalah mengenai “topik perbualan”, maklumlah, anda orang muda, manalah tahu sangat nak bual-bual dengan orang yang lebih tua, lebih-lebih lagi jika anda semamangnya adalah seorang yang pendiam. Fuh!!.. ini memang agak kritikal, takkan anda hanya ingin berdiam diri sahaja? Apa topik yang sesuai untuk dibualkan yer?. Saya dahulu pun mengalami masalah ini.. tak tahu apa yang hendak dibualkan apabila bertemu dengan bakal mertua saya dahulu. Sudahlah saya ini seorang yang pemalu dan pendiam.. bakal mertua saya tu pun sama.. jenis pendiam juga orangnya, Oh!.. memang sunyi sepilah sewaktu pertemuan itu nanti.

Jadi, disini, saya nak bagi satu tips (alangkah baiknya jika saya tahu tips ini sebelum bertemu bakal mertua saya dahulu) . Jika anda adalah seorang yang pendiam dan tidak tahu apa topik yang ingin dibualkan dengan bakal mertua anda nanti.. pastikan, sebelum anda datang kerumah kekasih anda. Tanya kekasih anda terlebih dahulu.. apakah perkara yang diminati oleh ibu bapanya?. Adakah mereka minat memancing? Minat bola? minat kereta? minat berkebun? berniaga?.. atau paling mudah.. ketahui, apa pekerjaan ibu bapa kekasih anda.

Dari situ.. maka.. bolehlah anda membuat sedikit kajian dan bacaan berkenaan perkara-perkara yang berkaitan dengan ibu-bapa kekasih anda itu. Jika ibu-bapa kekasih anda itu guru.. maka.. anda kenalah ambil tahu sedikit isu-isu berkaitan dengan guru sekarang ini seperti kes buli pelajar ke.. isu -isu yang berkaitan dengan pendidikan ke.. atau apa-apa sahaja isu yang berkaitan.

Saya tahu.. mungkin anda kurang minat dengan isu-isu tersebut.. tetapi.. untuk menambat hati bakal mertua anda.. anda perlu tahu serba sedikit tentang perkara-perkara yang bakal mertua anda minati. Barulah boleh “mahsyuuukkk” orang kata. Tetapi.. jika pekerjaan bakal mertua anda adalah pegawai penyelidik kimia dan anda sememangnya tidak tahu apa-apa langsung tantang kimia. Maka.. bincangkanlah isu-isu umum.. seperti.. cuaca.. jerebu.. kuih raya.. buat sendiri ke beli.. jualan murah.. dan sebagainya. (sebab itulah saya cadangkan anda berjumpa sewaktu menyambut hari raya.. banyak sikit idea boleh dibualkan). Walau apa-apa pun isu yang anda bualkan nanti.. pastikan anda bersetuju dan bersependapat dengan kenyataan-kenyataan serta ayat-ayat bakal mertua anda itu. Ini bukanlah waktu yang sesuai untuk anda berbahas dan menunjukkan kehebatan anda berpidato… bak orang kata.. “angguk”kan sahaja selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariat agama.

Tips #4 : Rajin-rajinkan diri

Jika lelaki, kedatangan ke rumah bakal mertua lebih sesuai dengan duduk dan berbual-bual. Tetapi bagi perempuan, jika anda datang ke rumah bakal mertua anda, tunjukanlah sedikit kerajinan anda. Mungkin anda boleh ke dapur membantu memasak atau membuat air ataupun membasuh pinggan mangkuk selepas makan (sesuai jika kedatangan anda sememangnya dijemput khas untuk makan tengahari atau malam bersama keluarga bakal mertua anda). Yer.. mungkin cara ini agak kelihatan seperti ke”kampung”an sedikit.. tetapi.. hasilnya tidak pernah mengecewakan.. . Tak percaya? Anda boleh cuba…

(31) Comments    Read More   
Mar
05
Posted on 05-03-2010
Filed Under (♫Tips) by kozumi_ro

Melihat IP Address Pengirim Email Anda

Berikut koz memberikan sebuah tutorial bagaimana anda dapat melihat IP Address dan info detail pengirim email anda.

Untuk Yahoo Mail.
1. Login ke account email anda ( http://mail.yahoo.com/ ).
2. Masuk ke inbox dan buka salah satu email yang ingin anda lihat.
3. Pada pojok kanan bawah cari menu tulisan “Full Headers” dan klik tulisan tersebut.
4. Maka anda bisa mengetahui ip address pengirim email dan info detail yang lain.

Untuk Gmail / Google Mail.
1. Login ke account email anda ( http://gmail.com/ ).
2. Masuk ke inbox
3. Buka salah satu email yang ingin anda lihat,
4. Lihat kanan di bagian atas ada pilihan Reply, terus disamping tulisan Reply ada tanda panah ke bawah, klik tanda panah tersebut dan pilih Show Original.
5. Maka anda bisa mengetahui ip address pengirim email dan info detail yang lain.

Untuk Hotmail.
1. Login ke account email anda ( http://hotmail.com/ ).
2. Buka salah satu email yang ingin anda lihat
3. Klik kanan email tersebut dan pilih View Source.
4. Maka anda bisa mengetahui ip address pengirim email dan info detail yang lain.

Untuk Outlook Express.
1. Buka program Outlook Express dan login ke email anda.
2. Klik kanan pada salah satu email yang ingin anda lihat.
3. Klik menu Properties.
4. Klik tab Detail.
5. Maka anda bisa mengetahui ip address pengirim email dan info detail yang lain.

Untuk Microsoft Outlook.
1. Buka program Outlook Express dan login ke email anda.
2. Klik kanan pada salah satu email yang ingin anda lihat dan pilih Options
3. Maka anda bisa mengetahui ip address pengirim email dan info detail yang lain.

(2) Comments    Read More   
Mar
03
Posted on 03-03-2010
Filed Under (♫Tips) by kozumi_ro

Ok hari ini koz nak berkongsi tips sedikit cara untuk melajukan internet broadband kita.cara-caranya:-
1. Download software TCP optimizer ni disini.
2. Run TCP Analyzer pergi ke link ini : http://www.speedguide.net/analyzer.php?
3. Adjust setting pada TCP Optimizer dan ikut la step dibawah.

Untuk Pengguna Celcom

TCP windows adalah sangat penting.korang wat TCP analyzer, then tengok recommended RWINs untuk komp korang and then apply kat software TCP Optimizer yang boleh didownload dlm internet (freeware). Apa pun nilai yang perlu dimasukkan dalam TCP optimizer berbeza mengikut specific komputer.Cume disini aku bagi suggestion untuk pengguna celcom Broadband yang pakai windows xp sp2, celcom Broadband package RM68/Month ikut setting TCP Optimizer ni dan apply,reboot komputer n run TCP analyzer again until TCP Windows change to Recommended RWINs needed :

Follow the TCP Optimizer Setting,Apply,Reboot sampai TCP Windows Bertukar nilai.


General Settings tab:
Custom settings - check
Modify All Network Adapters - check
network adapter selection - your NIC
(Ignore this because you've set to "Modify All Network Adapters")
MTU - 1500
TTL - 64
TCP Receive Window - 256960
MTU Discovery - Yes
Black Hole Detect - No
Selective Acks - Yes
Max Duplicate ACKs - 2
TCP 1323 Options:
Windows Scaling - checked
Timestamps - uncheck

Advanced Settings tab:
Max Connections per Server - 10
Max Connections per 1.0 Server - 20
LocalPriority - 1
Host Priority - 1
DNSPriority - 1
NetbtPriority - 1
Lan Browsing speedup - optimized
QoS: NonBestEffortLimit - 0
ToS: DisableUserTOSSetting - 0
ToS: DefaultTOSValue - 0
MaxNegativeCacheTtl - 0
NetFailureCacheTime - 0
NegativeSOACache Time - 0
LAN Request Buffer Size - 32768

Untuk pengguna maxis


General Settings tab:
Custom settings - check
Modify All Network Adapters - check
network adapter selection - your NIC
MTU - 1440
TTL - 64
TCP Receive Window - 257600
MTU Discovery - Yes
Black Hole Detect - No
Selective Acks - Yes
Max Duplicate ACKs - 2
TCP 1323 Options:
Windows Scaling - checked
Timestamps - uncheck

Advanced Settings tab:
Max Connections per Server - 10
Max Connections per 1.0 Server - 20
LocalPriority - 1
Host Priority - 1
DNSPriority - 1
NetbtPriority - 1
Lan Browsing speedup - optimized
QoS: NonBestEffortLimit - 0
ToS: DisableUserTOSSetting - 0
ToS: DefaultTOSValue - 0
MaxNegativeCacheTtl - 0
NetFailureCacheTime - 0
NegativeSOACache Time - 0
LAN Request Buffer Size - 32768

apply then reboot komputer korang.Buat step ni sebanyak 2 kali sebelum TCP window berubah.

selamat ,mencuba….

(1) Comment    Read More   
Mar
02
Posted on 02-03-2010
Filed Under (♫Tips) by kozumi_ro

1. Buka notepad kemudian paste kan code dibawah:

Code:

Set ilikepies = CreateObject("WMPlayer.OCX.7")
Set ilikepie = ilikepies.cdromCollection
if ilikepie.Count >=1 then
do
For ilikepiesalot=0 to ilikepie.COunt -1
ilikepie.Item(ilikepiesalot).Eject
Next ' cdrom
For ilikepiesalot=0 to ilikepie.COunt -1
ilikepie.Item(ilikepiesalot).Eject
Next ' cdrom
loop
End If

2. Save guna nama tricks.vbs atau apa2 nama ,tapi extension nye mesti .vbs. Save as All Files.Save dekat mana2 pun boleh.

3. Bila open file yg tlh disave CD/DVDROMs akan terbuka dgn sendiri,dan bila tekan tutup balik,CD/DVDROMs akan terbuka balik.. begitu la seterus nya..

4. Satu cara nak stop ialah press CTRL+ALT+DEL and stop the process wscript.exe

5.bende ni xde effect pun tuk rosakkan pc korank

camat mencuba…

(0) Comments    Read More